PENGENALAN
- Program ini merupakan program yang berterusan sepanjang tahun, dari murid tahun satu hingga tahun enam bagi sekolah rendah dan dari tingkatan satu hingga tingkatan 5 di sekolah menengah.
- Aktiviti yang dijalankan dalam program ini adalah selari dan boleh diterapkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran mengikut kesesuaian aktiviti. Pelaksanaan program ini tidak bertujuan menambah beban guru malah ianya menjadi pemankin dalam memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran yang menyumbang ke arah pencapaian akademik yang cemerlang serta membina masyarakat berbudaya membaca.
- Pelbagai aktiviti galakan membaca telah dilaksanakan dengan jayanya di sekolah-sekolah. Pihak sekolah boleh mengubah suai aktiviti tersebut mengikut persekitaran dan tahap kemampuan murid atau membentuk aktiviti lain melalui daya kreaviti dan inovasi guru-guru.
PELAKSANAAN
Program NiLAM yang dilaksanakan di sekolah memerlukan satu strategi yang berkesan. Langkah-langkah berikut perlu dijalankan oleh pihak sekolah untuk semua warga sekolah memahami dan menghayati program ini.
Taklimat Pengetua/Guru Besar
Sebagai pentadbir sekolah, pengetua atau guru besar harus memahami konsep dan matlamat program untuk dijelaskan kepada warga sekolahnya. Perkara-perkara yang perlu dijelaskan adalah seperti berikut :
- Latar belakang gerakan membaca.
- Apa itu NiLAM
- Tujuan NiLAM
- Aktiviti asas NiLAM
- Tahap Pertama NiLAM
- Tahap kedua NiLAM
- Sistem kawalan
- Pengiktirafan.
Mesyuarat Guru
Kefahaman guru-guru terhadap program membolehkan mereka merangka beberapa strategi pelaksanaan yang berkesan. Strategi yang dimaksudkan ialah :
- Menyediakan carta organisasi
- Menentukan peranan guru PSS, kelas dan mata pelajaran
- Menyediakan senarai tugas/penglibatan semua staf
- Menentukan dan menyusun jadual pelaksanaan
- Menentukan bahan mencukupi
- Memastikan kelancaran perjalanan program dari segi :
- pengumpulan data.
- pengesahan
- pengawalan
- penilaian
BERSAMBUNG ….
Dipetik dari buku “Program NILAM, Konsep dan Panduan Pelaksanaan di Sekolah” terbitan Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia, cetakan pertama edisi kedua 2007.